PROFIL


Menyingkap Sejarah Perkembangan Pusat Sumber Sekolah

-->
Sebelum tahun 1993, PSS tidak mempunyai sebuah bilik khas dan cuma
berkongsi bilik dengan unit bimbingan dan kaunseling. Ruangnya agak
sempit dan sesak.  Pada masa itu, perpustakaan sahaja mempunyai sebuah
bilik khas yang bertempat di blok A.

Satu kebakaran kecil yang berlaku pada tahun 1993 telah merosakkan
sebuah bilik di blok C. Selepas bilik tersebut dibaiki, PSS telah
ditempatkan di bilik tersebut secara rasmi sehingga kini. Semua alat bantu
mengajar(ABM) telah disusun, dibaikpulih dan dikategorikan dalam
keadan yang baik dan memuaskan. Selaras dengan peningkatan bilangan
pelajar-pelajar, bahan-bahan dan sumber sumber di PSS turut ditambah
dan dikemaskinikan.

Kini, PSS sedang berusaha untuk meningkatkan keberkesanannya. Guru-guru
didorong untuk menggunakan OHP dalam proses pengajaran mereka
di bilik PSS. Guru-Guru pelatih dari USM juga menggunakan bilik PSS
untuk menjalankan latihan mengajar.

Perpustakaan juga menampilkan satu wajah baru yang dilengkapi dengan
pendingin hawa dan komputer.

Pada tahun 1995, Jawatankusa PIBG telah menganjurkan WALKATON
untuk mengutip derma. Projek ini berjaya menambahkan bilangan
komputer di sekolah ini.

Di bawah Projek Pusat Sumber Multimedia 1997, satu bilik yang bersebelahan dengan PSS telah diubahsuai untuk bilik multimedia.
Dalam pada itu, pembelian peralatan komputer telah diusahakan. Kelas-kelas komputer telah diadakan.Tenaga pengajar adalah guru yang dibayar oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang mengambil kursus.

Dengan usaha guru komputer dan ahli-ahli komputer, laman web SMKJD dapat disediakan pada tahun 1997.

-->
Pada hujung tahun 2003, pihak pentadbir sekolah telah merancang untuk menempatkan pejabat yang sedia ada di blok C bersebelahan dengan bilik guru. Pusat Sumber  mula memilih buang semua alat  bantu mengajar dan bahan bantu mengajar  untuk bersedia berpindah ke blok B perpustakaan kekal di bilik A.

Pada bulan Mac  2004 , bilik Pusat Sumber baru siap dilengkap dengan peralatan  dan  kelengkap. Setelah beberapa minggu dikemaskinikan, disusun semula dan dibaikpulihkan ,Pusat Sumber baru dibuka secara rasmi. Pusat  Sumber baru menampikan wajah yang baru dan selesa dengan dilengkapi 2 buah cabinet (showcase) besar, TV pendingin hawa dan komputer. Unit P.A. sistem pula ditempatkan di sudut masuk pintu bilik.

Untuk memudahkan P&P kelas yang besar, sebuah bilik tayangan dibuka di blok B.

Unit perpustakaan memulakan pengautomasian bahan-bahan bercetak, penggunaan perisian automasi meliputi imput data,kemasukan data pengguna, pinjaman dan pemulangan dan cetakan barkod. Walaupun bilik Pusat Sumber baru agak kecil, Pusat Sumber cuba menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada semua penggunanya.

Pada rahun 2006, jawatan Guru Perpustakaan Dan Media(GPM) diwujukan, Cik Seah Peng Tuan telah dilantik untuk menyandang jawatan tersebut.

Dua blok baru 4 tingkat telah siap dibina pada tahun 2009 dan digunakan pada bulan Mac tahun 2010. Pusat Sumber telah dipindahkan ke blok baru iaitu blok H tingkat 1.

PSS baru terletak di tempat yang strategik dan mudah dikunjung. Perpustakaan dan perpustakaan multimedia, bilik audio visual telah ditempatkan di blok yang sama. PSS baru menampilkan wajah yang baru kerana mempunyai kelengkapan yang memuaskan seperti kaunter, rak buku, pendingin udara,komputer dan kemudahan asas yang lain. Suasana PSS yang kondusif dan selesa menggalakkan pelajar menggunakan PSS.

Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat, bilik audio visual dilengkapi dengan peralatan elektronik yang mencukupi seperti LCD projector,visualizer dan komputer yang memberi kemudahan kepada guru-guru dalam  P&P.

Walaupun ruang PSS baru tidak dapat memuatkan bilangan pelajar yang ramai, PSS tetap memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pelawat PSS.

Pada tahun 2013, Pusat Sumber  Sekolah telah mencapai  Penarafan lima Bintang. Pengiktirfan ini diberi oleh Bahagian Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Buku-buku dikemas dan diikat sebelum berpindah ke PSS baharu



Membaiki buku-buku yang koyak dan lusuh



Pengawas PSS bekerjasama mengemaskan PSS baru


Buku-buku diletak di rak semula




 Perpustakaan

Pejabat Pusat Sumber

Perpustakaan Multimedia
Bilik Audio Visual